Friday, 18 March 2011

Lorat Ganu | Perbezaan antara 'makang' dengan 'makkang'

Bereh sini ambe nok cerite pasal makang pulak. Kebanyakan orang luar (maksudnya orang yang di luar dari negeri Terengganu) kalau nak meniru orang Terengganu bercakap dia hanya tahu sebut dua perkataan sahaja iaitu 'makang' dengan 'ikang'. hahahahaaa.. Tapi sebenarnya untuk mahir betul-betul cakap lorat Terengganu tidaklah semudah yang disangka sebab adakalanya sebutan yang sama tapi bila ada penambahan 'sabdu' dalam sebutan maknanya turut jadi berubah. 

Contoh ayat 1:
"Jemputlah makang.. kekgi sejuk kang lauk tu..."
(Jemputlah makan.. nanti sejuk pula lauk tuuu)
- Ini adalah sebutan biasa. Makan di sini tiada sabdu jadi maknanya lebih telus.

Contoh ayat 2:
"Kekgi jangang lupa tutuk ppitu pagor.. kang habih pokok makkang kkambing"
(Nanti jangan lupa tutup pintu pagar.. nantikan habis pokok 'dimakan' oleh kambing)
- Ini adalah sebutan yang bersabdu. Makang di sini membawa makna yang berlainan dari ayat pertama tadi.

Contoh ayat 3:
"Laaa... tunggu mende lagi..? Makkang aaarr, kang sejok pulok lauk tuu"
(Laa.. apa tunggu apa lagi..? Makanlah, nantikan sejuk pula lauk tuu)
- Masih lagi bersabdu. Makan di sini membawa maksud 'suruhan yang bersungguh-sungguh'.

No comments:

Post a Comment